
Article
Keratan Akhbar Pilihan Obk Kurier Khas Berisi Nyawa
Kuala Lumpur, 4 Februari 2025 - Guna taktik seludup masuk haiwan liar dari Amerika Utara dan Selatan menggunakan khidmat kurier.
Kuala Lumpur, 4 Februari 2025 - Guna taktik seludup masuk haiwan liar dari Amerika Utara dan Selatan menggunakan khidmat kurier.
Malah suspek turut menggunakan kaedah sama bagi menghantar haiwan liar dilindungi ini kepada pelanggan di seluruh negara.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan lelaki itu bagaimanapun ditumpaskan hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) membabitkan Wildlife Crime Unit Perhilitan bersama pegawai Perisikan Siasatan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Polis Diraja Malaysia.
Beliau berkata, serbuan dilakukan di sebuah kediaman di Country Homes Rawang, Selangor pada jam 1.30 tengah hari kelmarin.
Menurutnya, tiga lelaki tempatan yang juga pemilik kediaman disoal siasat sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan di rumah itu.
“Hasil pemeriksaan awal menemui hidupan liar yang disyaki dilindungi di dalam kediaman itu. la membabitkan penemuan sembilan ekor labah-labah Tarantula, reptilia gila ‘monster’ dan dua ekor ular sawa ‘ball python’ yang diletakkan di dalam bekas plastik di hadapan bilik tidur suspek.
“Turut ditemui sebanyak lima kura-kura ‘alligator snapping turtle’ berasal dari benua Amerika Utara dalam lima bekas plastik di tandas bilik tidur utama,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.