
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Kurier Khas Berisi Nyawa
Besut, 4 Februari 2025 - Polis berjaya membongkar kes penyeludupan komponen gantian dan motosikal jenis Yamaha RXZ dari Thailand susulan penahanan seorang peng...
Besut, 4 Februari 2025 - Polis berjaya membongkar kes penyeludupan komponen gantian dan motosikal jenis Yamaha RXZ dari Thailand susulan penahanan seorang pengusaha bengkel di Kampung Padang Luas, Jerteh di sini kelmarin.
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan bengkel membaiki motosikal berkenaan.
Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Mohd Khairi Khairudin berkata, pemeriksaan menjumpai 11 motosikal jenis Yamaha RXZ, casis motosikal (empat) dan komponen enjin motosikal (enam) yang mencurigakan.
“Siasatan awal percaya kesemua motosikal dan komponen terbabit dibawa masuk dari negara jiran tanpa sebarang dokumen sah.
“Semakan juga mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan menculik, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985,” katanya kelmarin.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.