Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Nahas Trak Psp Harap Lebih Ramai Saksi Awam Tampil Bantu Siasatan

Published: 23 May 2025 2.53 AM Updated: 15 Aug 2026 8.01 PM
Teluk Intan, 17 Mei 2025 - Siasatan terhadap pemilik syarikat lori yang terbabit nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada Selasa lalu, sudah diserahkan kepada agensi yang berkaitan untuk dikenakan tindakan tegas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-nahas-trak-psp-harap-lebih-ramai-saksi-awam-tampil-bantu-siasatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:30 MYT
Teluk Intan, 17 Mei 2025 - Siasatan terhadap pemilik syarikat lori yang terbabit nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada Selasa lalu, sudah diserahkan kepada agensi yang berkaitan untuk dikenakan tindakan tegas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Dr. Bakri Zainal Abidin, berkata siasatan terhadap syarikat terbabit dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Beliau berkata, siasatan pada peringkat awal menjurus kepada tiga aspek iaitu kecuaian manusia, isu teknikal dan persekitaran, di mana semua aspek itu sedang diperhalusi kerana ia membabitkan bidang kepakaran pihak berkenaan.

“Kita sudah memanggil pemilik syarikat lori itu pada Khamis untuk mendapatkan maklumat tambahan dalam siasatan yang dijalankan bersama JPJ, MIROS dan PUSPAKOM yang melihat dari sudut lain selain Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dijalankan polis.

“Semua elemen yang boleh membantu siasatan termasuk penyelenggaraan dan sebagainya, diambil kira dan dimasukkan dalam siasatan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people, scooter, car and text



ArticlePublished 23 May 2025 2.53 AMUpdated 15 Aug 2026 8.01 PM