Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Mot Bakal Pinda Apj 1987 Tangani Lumba Haram

Diterbitkan: 10 Aug 2022 1.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Georgetown, 10 Ogos 2022 - Ministry of Transport Malaysia (MOT) akan meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, bagi menangani isu lumba haram dan aktiviti mat rempit di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-mot-bakal-pinda-apj-1987-tangani-lumba-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:10 MYT
Georgetown, 10 Ogos 2022 - Ministry of Transport Malaysia (MOT) akan meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, bagi menangani isu lumba haram dan aktiviti mat rempit di negara ini.
Antara cadangan dikemukakan dalam pindaan itu ialah menaikkan kadar denda minimum daripada RM300 kepada RM5,000 hingga RM 10,000, hukuman penjara terhadap mat rempit, selain tanggungjawab ibu bapa terhadap anak di bawah usia 18 tahun.
Pindaan itu juga akan memperuntukkan tindakan terhadap penonton aktiviti rempit dan tindakan tegas terhadap pemilik bengkel, yang terbabit dalam ubah suai motosikal bagi kegunaan lumba haram.
Ketua Setiausaha MOT, Datuk Isham Ishak berkata, pindaan itu susulan lima maut dalam kemalangan membabitkan motosikal di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, di sini, bulan lalu dan perbincangan antara kementerian serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam bagi membendung kegiatan itu secara komprehensif.
Katanya, pasukan bertindak khas (task force) akan ditubuhkan bagi tempoh tiga bulan, membabitkan pelbagai agensi termasuk PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian Online.

 
ArtikelDiterbitkan 10 Aug 2022 1.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM