
Article
Keratan Akhbar Pilihan Mot Bakal Pinda Apj 1987 Tangani Lumba Haram
Georgetown, 10 Ogos 2022 - Ministry of Transport Malaysia (MOT) akan meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, bagi menangani isu lumba haram dan aktiviti ma...
Georgetown, 10 Ogos 2022 - Ministry of Transport Malaysia (MOT) akan meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, bagi menangani isu lumba haram dan aktiviti mat rempit di negara ini.
Pindaan itu juga akan memperuntukkan tindakan terhadap penonton aktiviti rempit dan tindakan tegas terhadap pemilik bengkel, yang terbabit dalam ubah suai motosikal bagi kegunaan lumba haram.
Ketua Setiausaha MOT, Datuk Isham Ishak berkata, pindaan itu susulan lima maut dalam kemalangan membabitkan motosikal di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, di sini, bulan lalu dan perbincangan antara kementerian serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam bagi membendung kegiatan itu secara komprehensif.
Katanya, pasukan bertindak khas (task force) akan ditubuhkan bagi tempoh tiga bulan, membabitkan pelbagai agensi termasuk PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat.