Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Malaysia China Meterai Kerjasama Banteras Jenayah Rentas Sempadan

Published: 08 Jun 2024 3.19 AM Updated: 15 Aug 2026 8.09 PM
Putrajaya, 8 Jun 2024 - Malaysia dan China melaksanakan pemeteraian pelanjutan perjanjian bagi kerjasama membanteras jenayah rentas sempadan antara Malaysia dengan Republik berkenaan berkuat kuasa sehingga 2034.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-malaysia-china-meterai-kerjasama-banteras-jenayah-rentas-sempadan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:19 MYT
Putrajaya, 8 Jun 2024 - Malaysia dan China melaksanakan pemeteraian pelanjutan perjanjian bagi kerjasama membanteras jenayah rentas sempadan antara Malaysia dengan Republik berkenaan berkuat kuasa sehingga 2034.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan berkata, ia antara pemuafakatan keputusan berimpak tinggi bersama rakan sejawatnya, Wang Xiaohong pada Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Malaysia-Republik Rakyat China (RRC) kali kelima Mengenai Pembanterasan Jenayah Rentas Sempadan (JWG ke-5) berlangsung di Beijing kelmarin.

Katanya, perjanjian ini merupakan dokumen induk yang menyenaraikan lebih 15 bidang kerjasama antara kedua-dua negara seperti pencegahan aktiviti keganasan dan ekstremisme, perjudian haram, jenayah siber, penyeludupan manusia dan bahan terlarang serta jenayah ke atas alam sekitar.

Antara keputusan lain, ujarnya, kedua-dua negara turut berkomitmen untuk menerokai dan menerajui kerjasama ASEAN+China +Gulf Cooperation Council (GCC) dalam bidang keselamatan, ekonomi dan sosial sesuai dengan tiga tonggak utama ASEAN.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo!

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 08 Jun 2024 3.19 AMUpdated 15 Aug 2026 8.09 PM