Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Obk Perhilitan Pdrm Buru Sindiket Dan Individu Jalankan Aktiviti Pemerdagangan Unggas Secara Haram

Diterbitkan: 08 Jun 2024 3.54 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.08 PM
Kuala Lumpur, 8 Jun 2024 - Isytihar ‘perang' besar-besaran terhadap sindiket serta individu yang didapati membela atau menjalankan aktiviti pemerdagangan unggas secara haram.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-perhilitan-pdrm-buru-sindiket-dan-individu-jalankan-aktiviti-pemerdagangan-unggas-secara-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:38 MYT
Kuala Lumpur, 8 Jun 2024 - Isytihar ‘perang' besar-besaran terhadap sindiket serta individu yang didapati membela atau menjalankan aktiviti pemerdagangan unggas secara haram.

Tindakan keras diambil Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia susulan peningkatan kes penjualan pelbagai spesies burung dilindungi melalui platform jual beli dalam talian.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi membanteras jenayah pemerdagangan haiwan liar dilindungi itu turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

Katanya, dalam operasi pertama pada jam 2.30 petang, Rabu lalu, sepasukan pegawai Wildlife Crime Unit (WCU) PERHILITAN diketuai Celescoriano Razond serta enam anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM melakukan pemeriksaan mengejut di pangsapuri di Taman Tasik Biru, Rawang, Selangor.

Seorang lelaki tempatan berusia 30-an ditahan sebelum pemeriksaan di premis itu menemui tiga ekor burung spesies Sun Conure bernilai hampir RM3,000.

“Suspek gagal mengemukakan lesen atau permit daripada Jabatan PERHILITAN bagi membolehkannya menyimpan hidupan liar itu.

“Susulan operasi pertama itu, pihak PERHILITAN dan PDRM melakukan serbuan kedua di lokasi sama. Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita berusia 30-an ditahan.

“Hasil pemeriksaan di kediaman dihuni menemui empat ekor burung sun conure tidak matang, tiga ekor burung Green-cheeked Parakeet tidak matang, tiga ekor burung Love Bird dan seekor burung liar. Semua burung liar dilindungi itu dianggarkan bernilai RM12,000. Suspek turut gagal mengemukakan lesen atau permit daripada Jabatan PERHILITAN bagi menyimpan haiwan itu,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArtikelDiterbitkan 08 Jun 2024 3.54 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.08 PM