
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Maki Polis Tegur Tidak Pakai Pelitup Muka
Kulim, 19 Januari 2021 - Seorang lelaki ditahan apabila melemparkan kata-kata kesat terhadap anggota polis selepas disuruh memakai pelitup muka dalam kejadian...
Kulim, 19 Januari 2021 - Seorang lelaki ditahan apabila melemparkan kata-kata kesat terhadap anggota polis selepas disuruh memakai pelitup muka dalam kejadian di Balai Polis Hi-Tech pada pagi Ahad.
Lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan mengeluarkan perkataan 'bodoh' kepada anggota bertugas ketika melalui pos pengawal Balai Polis Hi-Tech di sini.
"Anggota bertugas telah memberikan arahan kepadanya agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan di Kedah bermula 13 Januari lalu dengan memakai pelitup muka.
"Dia tetap ingkar arahan terbabit, sebaliknya melemparkan kata-kata kesat terhadap anggota polis," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya, lelaki itu dikenakan tindakan kompaun mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian di lampiran.
Sumber: Sinar Harian
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN