
Artikel
Posting Pilihan Polis Tawau Rampas Syabu Rm1 5 Juta Dalam Op Benteng
Tawau, 19 Januari 2021 - Polis menahan lima individu termasuk dua wanita serta merampas dadah jenis Syabu seberat 28.79 kilogram bernilai RM1.5 juta dalam satu...
Tawau, 19 Januari 2021 - Polis menahan lima individu termasuk dua wanita serta merampas dadah jenis Syabu seberat 28.79 kilogram bernilai RM1.5 juta dalam satu serbuan di kawasan lapang sebuah ladang kelapa sawit, Batu 10 Jalan Apas, di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Tuan Peter Umbuas berkata, tangkapan dan rampasan itu susulan Op Benteng Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, di kawasan itu kira-kira jam 8 malam.
Menurutnya, dalam serbuan itu pihaknya mengesan kenderaan Isuzu Dmax dan Perodua Kembara dinaiki suspek sebelum ditahan untuk pemeriksaan.
"Pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan menemukan satu beg hitam yang diletakkan di bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda berkenaan.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati beg itu mengandungi 25 bungkusan disyaki dadah jenis Syabu manakala sebuah lagi beg coklat turut mengandungi satu bungkusan hablur jernih disyaki dadah yang sama," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Bacaan lanjut di pautan, https://www.bharian.com.my/.../syabu-rm15-juta-dirampas
Sumber: Polis Daerah Tawau dan Berita Harian
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN