Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Macau Scam 3 Beranak Tipu Rm336 Juta Diburu

Published: 04 Jan 2021 1.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 4 Januari 2021 - Polis memburu tiga sekeluarga melibatkan bapa dan dua anak yang dipercayai merupakan dalang sindiket penipuan Macau Scam membabitkan pembelian hartanah bernilai RM336 juta di Pulau Pinang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-macau-scam-3-beranak-tipu-rm336-juta-diburu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:56 MYT

Johor Bahru, 4 Januari 2021 - Polis memburu tiga sekeluarga melibatkan bapa dan dua anak yang dipercayai merupakan dalang sindiket penipuan Macau Scam membabitkan pembelian hartanah bernilai RM336 juta di Pulau Pinang.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek utama iaitu Teddy Teow Wooi Huat merupakan pengendali kepada dua buah syarikat yang membeli hartanah berkenaan.

Menurut beliau, Wooi Huat yang berusia 55 tahun itu meletakkan dua anak lelakinya sebagai proksi di buah syarikat berkenaan, iaitu Tuah Semenanjung Sdn. Bhd. dan MBI Properties Sdn. Bhd.

"Berdasarkan laporan polis yang diterima daripada mangsa sindiket berkenaan di Pekan Nanas dan Nusa Bestari pada ogos lalu, Polis Johor telah melancarkan Op Pelican 2.0.

"Hasil siasatan, polis telah berjaya menahan seramai 12 suspek yang merupakan pengarah syarikat terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita tempatan berusia antara 29 hingga 68 tahun antara 3 hingga 21 Disember lalu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

"Sehubungan itu, polis kini sedang memburu tiga suspek utama termasuklah Wooi Huat dan dua anak lelakinya iaitu Teow Ee Meng, 30, dan Teow Chee Chow, 32," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.

Menurut Dato’ Ayob Khan, suspek utama iaitu Wooi Huat mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan kini dipercayai berada di Danok, Thailand manakala dua anak lelakinya masih berada dalam negara.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: 

 
Image may contain: 3 people, text that says 'KHAIRUL MOHD. ALI 3 beranak tipu RM336 juta diburu JOHOR BAHRU: Polis memburu keluarga anak penipuan pembelian

ArticlePublished 04 Jan 2021 1.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM