Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kpn Janji Tingkatkan Integriti Warga Pdrm Puas Hati Kejayaan Jsj Dan Jsjn Tumpaskan Penjenayah

Diterbitkan: 04 Jan 2021 12.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 4 Januari 2021 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador memberi jaminan akan meneruskan usaha meningkatkan integriti dalam kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan pasukan beruniform itu terus disegani masyarakat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kpn-janji-tingkatkan-integriti-warga-pdrm-puas-hati-kejayaan-jsj-dan-jsjn-tumpaskan-penjenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:24 MYT
 

Kuala Lumpur, 4 Januari 2021 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador memberi jaminan akan meneruskan usaha meningkatkan integriti dalam kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan pasukan beruniform itu terus disegani masyarakat.

Selain meningkatkan integriti, Tan Sri Abdul Hamid berkata, beliau juga mahu memperkasakan kecekapan polis dalam menyelesaikan sesuatu kes jenayah.

"Saya akan tetap fokus dengan misi untuk meningkatkan integriti dalam kalangan polis supaya pasukan ini dihormati bukan dikeji.

"Selaku ketua pasukan, saya mahu pegawai dan anggota memberikan perkhidmatan kepada masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan darjat. Ini kerana mereka semua layak diberi pelindungan yang adil," katanya ketika ditemui Kosmo di Bukit Aman di sini semalam.

Mengulas lanjut, Tan Sri Abdul Hamid berkata, beliau berpuas hati dengan pencapaian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam menyelesaikan serta menumpaskan penjenayah sepanjang tahun 2020.

Jelas beliau, JSJ berjaya menyelesaikan kes yang menarik perhatian ramai seperti bunuh, pecah rumah dan samun dalam masa yang singkat.

"Ada suspek berjaya ditahan dalam tempoh yang singkat selain kejayaan menumpaskan empat penjenayah yang terlibat dalam lebih 50 kes samun di Selangor baru-baru ini.

"Selain itu, JSJN juga menunjukkan pencapaian memberangsangkan dengan menumpaskan sindiket serta membongkarkan kewujudan makmal-makmal dadah di seluruh negara.

"Saya berharap jabatan-jabatan ini akan terus kekal cemerlang," kata beliau.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo.

Sumber: 

 
No photo description available.

ArtikelDiterbitkan 04 Jan 2021 12.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM