Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Lindungi Mangsa Scam Kaji Sebat Penjenayah Siber

Published: 08 Jul 2026 8.40 AM Updated: 15 Aug 2026 7.51 PM
Putrajaya, 8 Julai 2026 - Pelaksanaan hukuman sebat kepada pesalah dan mekanisme pemulangan wang kepada mangsa scam antara kajian yang sedang dilaksanakan kerajaan dalam memperkasakan undang-undang jenayah siber.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lindungi-mangsa-scam-kaji-sebat-penjenayah-siber
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:51 MYT
 
Putrajaya, 8 Julai 2026 - Pelaksanaan hukuman sebat kepada pesalah dan mekanisme pemulangan wang kepada mangsa scam antara kajian yang sedang dilaksanakan kerajaan dalam memperkasakan undang-undang jenayah siber.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato' Sri Azalina Othman Said, berkata kajian terbabit sedang dilaksanakan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dalam meneliti langkah dan mekanisme perlindungan lebih menyeluruh kepada mangsa jenayah siber.

"BHEUU buat kajian lebih mendalam isu mangsa dalam jenayah siber, bukan saja dalam elemen jenayah siber, ''online harms'', ''digital offences''.

"Saya cakap tadi mengenai beberapa negara punya bidang kuasa macam Singapura membabitkan hukuman sebat kepada pesalah, kita hanya kena denda dengan hukum penjara, jadi kajian itu yang kita akan buat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Siber (NCSS) 2026 di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'LINDUNGI MANGSA SCAM Kaji sebat penjenayah siber Oleh Mohd Iskandar am@hmetro.com.my Putrajaya hukuman dan mulangan YeM
ArticlePublished 08 Jul 2026 8.40 AMUpdated 15 Aug 2026 7.51 PM