Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Letupan Meriam Petanda Waktu Berbuka Imsak

Published: 03 Apr 2022 2.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Apabila tiba bulan Ramadan, mereka perlu memastikan meriam berkenaan berfungsi dengan baik kerana ia akan digunakan setiap hari sepanjang Ramadan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-letupan-meriam-petanda-waktu-berbuka-imsak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:57 MYT
Dengan memegang sebatang kayu yang dibaluti kain di hujungnya, Sarjan Mohamad Radzi Zaini menjolok muncung selaras meriam berwarna kuning yang terletak di sudut kiri pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan di Pekan, Pahang.

Selepas melorong batang kayu tersebut masuk dan keluar dari hujung laras meriam beberapa kali, dia kemudiannya melakukan perkara yang sama terhadap selaras lagi meriam sama yang terletak di sebelahnya.

Pada masa sama, dua lagi anggota polis iaitu Koperal Mohd. Zahri Ab. Rahman dan Koperal Mohd. Saufpi Mat Salleh turut membantunya memeriksa komponen lain pada sepasang meriam itu bagi memastikan ia masih dalam keadaan baik.

Apabila tiba bulan Ramadan, mereka perlu memastikan meriam berkenaan berfungsi dengan baik kerana ia akan digunakan setiap hari sepanjang Ramadan.

Ikuti kupasan lanjut berkenaan tradisi meletupkan meriam sebagai tanda masuknya waktu berbuka dan imsak yang dilakukan oleh anggota polis dari IPD Pekan, Pahang menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo Online seperti di lampiran.

May be an image of 6 people, outdoors and text
ArticlePublished 03 Apr 2022 2.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM