
Article
Keratan Akhbar Pilihan Latihan Menyelamat Di Gunung Kinabalu Uji Pesawat Pasukan Pgu
Ranau, 20 Oktober 2021 - Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pangkalan Sabah berjaya mengadakan latihan dalam perkhidmatan (LDP) bagi oper...
Ranau, 20 Oktober 2021 - Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pangkalan Sabah berjaya mengadakan latihan dalam perkhidmatan (LDP) bagi operasi dan menyelamat membabitkan kawasan Gunung Kinabalu.
Latihan yang dikenali sebagai High Altitude Flying and Mountain Operation Rintis Kinabalu itu bagi menguji kemampuan pesawat dan pasukan berkenaan.
Komander Pangkalan PGU Sabah, ACP Tuan Ahmad Lokman Abdul Hadi berkata, latihan yang diadakan itu mampu menguji kemampuan pesawat helikopter Agustawesland AW139 dan juruterbang serta pemerhati udara mengendalikan pesawat.
Menurutnya, ia turut diadakan bagi melihat kelayakan semua juruterbang yang berada di Pangkalan Sabah.
"Latihan itu turut dilihat mampu meningkatkan kemahiran dan keupayaan menerbangkan pesawat serta mendarat di kawasan tanah tinggi.
"Ia disebabkan situasi itu amat memerlukan kemahiran dan kompetensi yang tinggi di samping sebagai persiapan Search And Rescue Exercise (Sarex) yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan November dan Disember depan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.