
Artikel
Al Fatihah Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Koperal Arisham Azahari
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menz...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Koperal Arisham Azahari yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di kilometer 16 Jalan Bentong menghala Raub, Pahang, tengahari semalam.
Allahyarham merupakan Koperal Ronda Cegah Jenayah di Balai Polis Dong Raub, Pahang dan telah berkhidmat dengan Pasukan selama 16 tahun.
Didoakan agar roh Allahyarham Koperal Arisham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.