Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Lari Dari Rumah Kerana Mahu Bebas

Published: 07 May 2023 3.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Berdasarkan data dan siasatan Polis Diraja Malaysia, golongan berkenaan juga didapati meninggalkan rumah kerana terpengaruh dengan rakan, tidak minat untuk belajar, selain ada yang bertindak atas ajakan kekasih.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lari-dari-rumah-kerana-mahu-bebas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:10 MYT
Kuala Lumpur, 7 Mei 2023 - Mencari kebebasan hidup, kurang mendapat perhatian dan perselisihan dalam keluarga dikenal pasti sebagai punca utama yang membawa kepada anak-anak atau remaja melarikan diri dari rumah.

Berdasarkan data dan siasatan Polis Diraja Malaysia, golongan berkenaan juga didapati meninggalkan rumah kerana terpengaruh dengan rakan, tidak minat untuk belajar, selain ada yang bertindak atas ajakan kekasih.

Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan yang mengupas lanjut mengenai gejala sosial itu.

Turut dijelaskan hukuman terhadap ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang dilaporkan hilang mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang menggariskan kesalahan kerana penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian Online.

Keratan Akhbar Pilihan Lari Dari Rumah Kerana Mahu Bebas

May be an image of text that says 'didakwa Ibu bapa kanak kanak hilang boleh didakwa Kuala Lumpur: bapa atau penjaga yang didapati deraan bahagian kepala;
ArticlePublished 07 May 2023 3.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM