
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Dakwaan Caprice Salah Tidak Benar Pengarah Jspt
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mat Kasim Karim berkata, dakwaan yang dimuat naik Caprice di akaun Instagram pada Juma...
Kuala Lumpur, 7 Mei 2023 - Polis Diraja Malaysia menyangkal dakwaan pempengaruh, Caprice yang mengkritik tindakan pihak berkuasa yang seolah-olah melindungi penunggang motosikal ‘kayangan'.
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mat Kasim Karim berkata, dakwaan yang dimuat naik Caprice di akaun Instagram pada Jumaat adalah salah dan tidak benar.
“Tidak kira menunggang motosikal kapcai atau Ducati, mereka yang terlibat akan diambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang ditetapkan.
“Untuk makluman, dua kertas siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dibuka oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor berkait kejadian berasingan yang melibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.