Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Larangan Skuter Elektrik Di Jalan Raya Tahun Depan

Published: 13 Dec 2020 3.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 13 Disember 2020 - Bermula 1 Januari depan, penggunaan skuter elektrik dilarang di jalan raya atau kawasan selain digazetkan di ibu negara dan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu ingkar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-larangan-skuter-elektrik-di-jalan-raya-tahun-depan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT
Kuala Lumpur, 13 Disember 2020 - Bermula 1 Januari depan, penggunaan skuter elektrik dilarang di jalan raya atau kawasan selain digazetkan di ibu negara dan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu ingkar.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Tuan Zulkefly Yahya berkata, penggunaan skuter elektrik hanya dibenarkan di tempat digazetkan seperti di taman permainan, kawasan pejalan kaki dan sekitar pusat beli-belah di ibu negara.

"Penunggang skuter elektrik tidak dibenarkan di jalan raya kerana mengganggu pengguna lain, boleh mendatangkan bahaya atau terbabit kemalangan," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, polis menerima banyak aduan orang awam mengenai tindakan menunggang skuter elektrik di jalan raya sekitar ibu negara.

"Polis mengenal pasti tiga kawasan aktif penggunaan skuter berkenaan di ibu negara, iaitu sekitar Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang.

"Polis sedang memantau orang ramai yang bcrmain skuter itu di jalan raya. Setakat ini, kami tidak mengambil tindakan dan hanya menasihatkan sebelum tindakan mula dikenakan 1 Januari depan," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.


Image may contain: one or more people
ArticlePublished 13 Dec 2020 3.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM