Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Anggota Pga Berdepan Tugas Getir 50 Lorong Tikus Aktif Di Sempadan

Diterbitkan: 13 Dec 2020 1.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bukit Kayu Hitam, 13 Disember 2020 - Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesan sekurang-kurangnya 50 lorong tikus yang menjadi laluan kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di perbatasan Malaysia-Thailand, sepanjang 109 kilometer di Kedah dan Perlis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-anggota-pga-berdepan-tugas-getir-50-lorong-tikus-aktif-di-sempadan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:32 MYT
Bukit Kayu Hitam, 13 Disember 2020 - Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesan sekurang-kurangnya 50 lorong tikus yang menjadi laluan kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di perbatasan Malaysia-Thailand, sepanjang 109 kilometer di Kedah dan Perlis.

Sempadan yang panjang dengan kewujudan lorong tikus boleh berubah pada bila-bila masa, menyebabkan anggota PGA berdepan tugas getir menjalankan operasi pencegahan 24 jam setiap hari.

Setiap hari, anggota PGA perlu meredah kawasan yang mencabar berikutan keadaan muka bumi sempadan Malaysia-Thailand merangkumi kawasan berbukit dan hutan tebal bermula dari Bukit Kayu Hitam, Kedah sehingga ke kawasan pantai Perlis.

Komander Briged Utara PGA, SAC Tuan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata bukan sesuatu yang mudah memastikan kawasan sempadan negara bebas kegiatan jenayah, berikutan pihaknya terpaksa menempuh bahaya pada bila-bila masa.

Jelasnya, operasi di sempadan berbeza apabila anggota PGA perlu meredah kawasan berbukit dan hutan berhampiran kebun serta perkampungan bagi memantau kegiatan penyeludup di lorong tikus yang boleh berubah pada bila-bila masa. Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.


Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor, text that says '50 lorong tikus aktif di sempadan Anggota PGA berdepan tugas getir kerana laluan
ArtikelDiterbitkan 13 Dec 2020 1.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM