Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Lapan Individu Terlibat Kartel Daging Dalam Buruan Pdrm

Diterbitkan: 21 Mar 2021 8.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 21 Mac 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti tujuh hingga lapan individu yang terlibat dalam pengimportan daging sejuk beku yang tidak sah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lapan-individu-terlibat-kartel-daging-dalam-buruan-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:21 MYT

Shah Alam, 21 Mac 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti tujuh hingga lapan individu yang terlibat dalam pengimportan daging sejuk beku yang tidak sah.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sedang mengambil tindakan untuk memburu individu terbabit.

Menurutnya, kesemua yang dikenal pasti itu membabitkan warga tempatan dan individu itu akan dikenakan tindakan termasuk didakwa atau dicadangkan untuk ditahan di bawah Ordinan Pencegahan Jenayah.

“Perbuatan ini salah sehingga menyebabkan daging bercampur, memalsukan sijil halal. Itu memang salah.

“Kesemua mereka bergiat dalam kegiatan mengimport daging tetapi apabila mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan sijil halal, mereka mengambil jalan singkat dengan membuat sendiri dan mangsanya adalah pengguna Islam,” katanya selepas wawancara khas di Kompleks Karangkraf di sini.

Tambah Tan Sri Abdul Hamid, isu berkenaan amat sensitif dan mengakibatkan kemarahan masyarakat.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian di lampiran.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2021 8.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM