Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Infopdrm One Stop Centre Ccid Scam Response Centre

Diterbitkan: 21 Mar 2021 7.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pengikut Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/infopdrm-one-stop-centre-ccid-scam-response-centre
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:59 MYT
Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pengikut Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah memperkenalkan One Stop Centre - CCID Scam Response Centre yang membolehkan orang awam menyalurkan maklumat, aduan atau pertanyaan berkaitan jenayah tipu panggilan atau Macau Scam.

CCID Scam Response Centre beroperasi melalui sistem panggilan telefon di talian 03-26101559 dan 03-26101599 bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam, setiap hari.

Pusat ini berfungsi sebagai penerima maklumat pertama kejadian penipuan daripada mangsa atau mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan Macau Scam.

Ia juga membantu mendapatkan pengesahan oleh mereka yang menerima panggilan penipuan, sama ada panggilan yang mereka terima benar-benar daripada jabatan kerajaan atau daripada kegiatan scam.

Ayuh kongsikan #InfoPDRM ini untuk kebaikan kita bersama.

“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

#PolisDirajaMalaysia
#InfoPDRM
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InfoBersama

May be an image of text that says 'ALSTY ORANG RAMAI BOLEH BERHUBUNG DENGAN JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL BAGI MEMBUAT PERTANYAAN-PERTANYAAN BERKAITAN
ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2021 7.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM