Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Lapan Disyaki Seleweng Baja Subsidi Ditahan

Published: 28 Jun 2023 3.45 AM Updated: 15 Aug 2026 8.23 PM
Alor Setar, 28 Jun 2023 - Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi menahan lapan individu kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan baja subsidi dalam serbuan terhadap sebuah gudang di Jalan Padang Hang, di sini kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lapan-disyaki-seleweng-baja-subsidi-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:06 MYT
Alor Setar, 28 Jun 2023 - Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi menahan lapan individu kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan baja subsidi dalam serbuan terhadap sebuah gudang di Jalan Padang Hang, di sini kelmarin.

Kes tangkapan itu kemudian diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah untuk tindakan lanjut.
Pengarah Kpdn KEDAH, Encik Affendi Rajini Kanth, berkata pihaknya menerima serahan kes itu daripada PPM Langkawi jam 3 petang kelmarin untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, PPM membuat pemeriksaan dan serbuan terhadap gudang terbabit pada jam 11 pagi kelmarin dan menemui sejumlah 261,060 kilogram baja di premis berkenaan.

“Hasil soal siasat yang dilakukan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai apa-apa kebenaran bertulis daripada pengawal bekalan berkaitan pemilikan barang kawalan berkenaan.
“Pihak PPM seterusnya bertindak menyita 261,060 kilogram baja, sebuah lori jenis Fuso bernombor pendaftaran tempatan, satu unit mesin jahit, satu unit alat timbang, empat buah "Forklift" dan satu bundel plastik baja yang disyaki digunakan untuk penyelewengan.

“Enam individu warga tempatan berusia lingkungan 18 tahun hingga 57 tahun dan dua individu bukan warga negara berusia dalam lingkungan 40 tahun ditahan bagi siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 28 Jun 2023 3.45 AMUpdated 15 Aug 2026 8.23 PM