Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kpn Pandang Serius Kes Ugut Bunuh Kp Johor

Diterbitkan: 22 Dec 2020 1.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 22 Disember 2020 - Polis memandang serius kes tiga individu dikatakan anggota kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang didakwa mahu membunuh Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kpn-pandang-serius-kes-ugut-bunuh-kp-johor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:59 MYT
Kuala Lumpur, 22 Disember 2020 - Polis memandang serius kes tiga individu dikatakan anggota kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang didakwa mahu membunuh Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, perkara itu sedang disiasat dengan teliti oleh pihaknya.

Apa juga ancaman untuk membunuh seseorang adalah satu kesalahan tanpa mengira apa jua latar belakangnya.

"Kita sedang meneliti kes ugutan dan masih dalam siasatan polis", katanya ketika dihubungi, semalam.

Ketika ditanya sama ada individu yang membuat ugutan itu lelaki sama yang mengugut ingin menyerang Bukit Aman sebelum ini, Tan Sri Abdul Hamid berkata, perkara itu sedang disiasat dan belum dapat dipastikan.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.


Image may contain: 1 person, text that says 'Pandang serius kes ugut bunuh KP Johor Kuala Lumpur: Polis seseorang adalah kesala- melaporkan polis lohor men
ArtikelDiterbitkan 22 Dec 2020 1.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM