Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kpkt Kesan Syarikat Kredit Komuniti Kenakan Faedah Tinggi

Published: 10 Jan 2023 3.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 10 Januari 2023 - Cawangan Siasatan dan Pemantauan Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengakui wujud syarikat Kredit Komuniti melakukan kesalahan, antaranya mengenakan kadar faedah tinggi dan tidak memberi salinan perjanjian kepada peminjam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kpkt-kesan-syarikat-kredit-komuniti-kenakan-faedah-tinggi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:28 MYT
Kuala Lumpur, 10 Januari 2023 - Cawangan Siasatan dan Pemantauan Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengakui wujud syarikat Kredit Komuniti melakukan kesalahan, antaranya mengenakan kadar faedah tinggi dan tidak memberi salinan perjanjian kepada peminjam.

Ketuanya, ACP Mohd Fauzi Hassan berkata, kesalahan lain yang dikenal pasti sering dilakukan Kredit Komuniti ialah beroperasi di alamat berbeza dengan yang didaftarkan, perjanjian tidak memenuhi syarat dan tiada tandatangan peminjam pada borang pinjaman.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu sahaja, sebanyak 386 aduan diterima daripada pengadu dengan 354 kes disiasat membabitkan perkara berkaitan perjanjian yang tidak diberi kepada peminjam, kadar faedah tinggi dan penukaran alamat syarikat.
Beliau menegaskan, syarikat Kredit Komuniti tidak dibenarkan mengugut peminjam dan jika siasatan mendapati wujudnya ancaman sedemikian, kes akan diserah kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran.

 
ArticlePublished 10 Jan 2023 3.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM