
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Operasi Bersepadu Khazanah 2 958 Haiwan Liar Berjaya Dirampas
Kuala Lumpur, 10 Januari 2023 - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merampas 2,958 ekor haiwan liar hasil daripada 1,018 operasi me...
Kuala Lumpur, 10 Januari 2023 - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merampas 2,958 ekor haiwan liar hasil daripada 1,018 operasi membanteras kegiatan penyeludupan dan pemburuan haram di Semenanjung Malaysia pada tahun lalu.
Menurutnya, penguatkuasaan yang dijalankan meliputi Operasi
Jerat, Operasi Perniagaan, Operasi Penyeludupan, Operasi Pameran, Operasi Khas, Operasi Jenayah Siber serta sekatan jalan raya.
"Operasi dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Orang Asli yang dilantik sebagai renjer hidupan liar.