Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kena Denda Rm1 800 Halang Tugas Polis

Diterbitkan: 23 Dec 2020 7.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Jempol, 23 Disember 2020 - Tindakan menghalang tugas anggota polis menyebabkan seorang pemandu treler dijatuhi hukuman denda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Bahau di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kena-denda-rm1-800-halang-tugas-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:57 MYT
Jempol, 23 Disember 2020 - Tindakan menghalang tugas anggota polis menyebabkan seorang pemandu treler dijatuhi hukuman denda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Bahau di sini, semalam.

Majistret Khir Nizam Jemari menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Md Nasir Hashim, 32 tahun, yang mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada jam 4 petang, 17 Disember lalu didapati menghalang seorang penjawat awam iaitu anggota dari Balai Polis Bahau daripada menjalankan tugas hakikinya berhampiran padang bola Majlis Perbandaran Jempol di sini.

Tertuduh tidak memberi kerjasama ketika saman mahu dikeluarkan akibat kesalahan trafik dilakukannya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang memandu sebuah treler didapati melanggar lampu isyarat merah di Jalan Besar Bahau dan kejadian disedari anggota itu ketika menjalankan rondaan cegah jenayah.

Anggota polis mengejar treler itu dan berjaya menahannya.

Ketika mahu mengeluarkan saman, tertuduh tidak berpuas hati dan mempertikaikan tindakan polis menyamannya selain turut merampas MyKad miliknya yang ketika itu diletakkan di atas motosikal anggota polis itu.

Susulan itu dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Sumber: 
No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 23 Dec 2020 7.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM