Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kelindan Lori Didenda Rm2 100 Ugut Hina Pegawai Polis

Published: 09 Apr 2022 3.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seorang kelindan lori didenda RM2,100 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan ugutan bunuh serta menghina pegawai polis, Disember lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kelindan-lori-didenda-rm2-100-ugut-hina-pegawai-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:03 MYT
Ipoh, 9 April 2022 - Seorang kelindan lori didenda RM2,100 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan ugutan bunuh serta menghina pegawai polis, Disember lalu.

Tertuduh yang berumur 36 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa menakutkan secara jenayah dengan niat menyebabkan kegentaran terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun dengan ugutan hendak menyebabkan kematian.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Persiaran Tawas Permai, di sini, kira-kira jam 6.52 petang 19 Disember tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa berkelakuan aib dengan mengeluarkan perkataan kesat kepada pegawai polis berpangkat inspektor yang sedang menjalankan tugas bertempat di Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira jam 8.30 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan ugutan bunuh, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua, ia dibaca mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang sabit kesalahan memperuntukkan denda tidak melebihi RM100.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Ipoh: kelindan didenda oleh jistret tang Mohd Darus. pertuduhan didakwa jenayah Kelindan lori didenda RM2,1
ArticlePublished 09 Apr 2022 3.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM