Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pati Miliki Senjata Cuba Ceroboh Negara Ditahan Polis

Diterbitkan: 09 Apr 2022 2.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Komander PPM Wilayah Dua, ACP Muhd Zailani Abdullah berkata, kesemua PATI terbabit ditahan ketika menaiki sebuah Perodua Bezza dalam keadaan mencurigakan pada jam 12.15 pagi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pati-miliki-senjata-cuba-ceroboh-negara-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:18 MYT
Johor Bahru, 9 April 2022 - Bukan hanya cuba masuk ke negara secara haram melalui jalan laut, malah empat pendatang asing tanpa izin (PATI) turut memiliki selaras senapang angin, peluru timah buatan sendiri dan sabit.

Bagaimanapun, keempat-empat PATI lelaki berusia 35 hingga 50 tahun itu berjaya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di kawasan tepi sungai Kampung Bakar Batu pada awal pagi Khamis.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Muhd Zailani Abdullah berkata, kesemua PATI terbabit ditahan ketika menaiki sebuah Perodua Bezza dalam keadaan mencurigakan pada jam 12.15 pagi.

Katanya, seorang warga tempatan berusia 43 tahun yang merupakan pemandu kenderaan tersebut turut ditahan kerana disyaki bertindak sebagai 'transporter'.

"Sejurus ditahan, kesemua mereka telah gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki negara ini.

"Pemeriksaan terhadap bagasi pula telah menjumpai selaras senapang angin yang dileraikan kepada lima bahagian berserta tiga bungkus peluru timah buatan sendiri dan tiga bilah sabit.

"Suspek yang berasal dari negara jiran itu mengaku kesemua komponen senapang angin itu digunakan untuk tujuan memburu," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'PATI miliki senjata, cuba ceroboh negara ditahan masuk haram melalui jalan laut, malah empat angın, timah
ArtikelDiterbitkan 09 Apr 2022 2.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM