Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kdn Giat Integrasi Ai Di Agensi Jabatan Secara Berperingkat

Published: 23 Jan 2025 6.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata usaha itu dapat dilihat dengan pelaksanaan sistem pengecaman wajah (“face-recognition”) yang menggunakan AI di pintu masuk sempadan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 dan 2 pada 1 Januari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kdn-giat-integrasi-ai-di-agensi-jabatan-secara-berperingkat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:26 MYT
Putrajaya, 23 Januari 2025 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) giat mengintegrasikan penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara berperingkat di seluruh agensi serta jabatannya dalam menyediakan sistem perkhidmatan lebih cekap kepada rakyat mulai tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata usaha itu dapat dilihat dengan pelaksanaan sistem pengecaman wajah (“face-recognition”) yang menggunakan AI di pintu masuk sempadan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 dan 2 pada 1 Januari lalu.

Katanya, inisiatif itu juga sudah dilaksanakan di pintu masuk negara di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor.

“Kami akan terjemahkan AI dalam banyak perkara, sebagai permulaan di pintu masuk negara dan kita akan umumkan bertahap dari semasa ke semasa.

“KDN dan seluruh agensinya akan mengguna pakai AI sebagai penyelesaian dan hasil akhirnya mestilah sistem penyampaian yang lebih cekap dan (termasuk menangani) isu integriti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutup AISSE’25 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text

ArticlePublished 23 Jan 2025 6.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM