
Keratan Akhbar Pilihan Aisee 25 Penganjuran Aisse 25 Usaha Dinamik Kdn Tingkat Keselamatan Bertaraf Global
Kuala Lumpur, 23 Januari 2025 - Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE'25) bermula Isnin lalu hingga semalam, memperlihatkan usaha strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik perhatian global terhadap keupayaan Malaysia dalam sektor keselamatan.
AISSE'25 diadakan di Putrajaya International Convention Centre, di Putrajaya, selama tiga hari itu dilihat menjadi pemangkin meletakkan Malaysia sebagai pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan.
Lebili 300 syarikat dari 48 negara, termasuk teknologi pengawasan, peralatan ketenteraan dan keselamatan siber menyertai acara ini sekali gus mencerminkan visi KDN memupuk kerjasama antarabangsa serta memperkenalkan penyelesaian keselamatan inovatif.
AISSE'25 yang menjadi pusat pertemuan pemimpin industri dan penggubal dasar dalam sektor keselamatan berjaya menarik penyertaan 212 syarikat luar negara dan 109 syarikat tempatan.
Acara ini berjaya menarik lebih 5,000 pelawat perdagangan dan 1,000 pelawat seminar dari pelbagai sektor keselamatan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.