Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kasari Anggota Polis

Diterbitkan: 08 Feb 2024 2.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, setakat ini pihaknya menahan seorang suspek berusia 42 tahun yang mempunyai tiga rekod lampau iaitu rompak berkumpulan, mencuri dan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kasari-anggota-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:04 MYT
Kuantan, 8 Februari 2024 - Polis mengesan sekumpulan lelaki yang disyaki merusuh, menolak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis serta memukul orang awam di lokasi kemalangan maut di kilometer 127 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan, Temerloh, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, setakat ini pihaknya menahan seorang suspek berusia 42 tahun yang mempunyai tiga rekod lampau iaitu rompak berkumpulan, mencuri dan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca).

Beliau berkata, tiga lelaki dipercayai menolak serta menghambur kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis berpangkat sarjan yang ditugaskan ke tempat kejadian manakala seorang lelaki mendakwa dipukul lima individu kerana merakam kejadian yang menimpa anggota polis itu.

“Suspek dipercayai bertindak sedemikian terhadap anggota polis yang berpakaian seragam kerana tidak berpuas hati dan beranggapan anggota itu tidak memberi bantuan kepada mangsa kemalangan, sedangkan anggota terbabit melakukan tindakan sewajarnya.

“Orang awam yang didakwa dipukul lima lelaki itu adalah pengawal keselamatan yang kebetulan berada di lokasi kejadian. Insiden itu menyebabkan dia cedera di kening selain semua cermin keretanya dipecahkan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of text that says 'Kasari anggota polis Polis kesan kumpulan merusuh di lokasi kemalangan maut Kuantan mengesan ang merusuh, disvaki menola

ArtikelDiterbitkan 08 Feb 2024 2.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM