Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Rampasan Arak Rokok Terbesar Bernilai Rm98 7 Juta

Diterbitkan: 08 Feb 2024 1.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata berkata, rampasan itu dilakukan dalam serbuan sepasukan anggota Pasukan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 5, Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-rampasan-arak-rokok-terbesar-bernilai-rm98-7-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:10 MYT
Kuching, 8 Februari 2024 - Polis mencatat nilai rampasan minuman keras dan rokok terbesar bernilai RM98.7 juta termasuk cukai dalam Op Taring Alpha yang diadakan di sini, kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata berkata, rampasan itu dilakukan dalam serbuan sepasukan anggota Pasukan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 5, Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Beliau berkata, seramai lapan lelaki tempatan berusia 22 hingga 67 tahun ditahan pada serbuan itu.

“Serbuan itu dijalankan di tiga premis berasingan di Jalan Setia Raja, Jalan Padungan dan Kota Sentosa.

“Hasil serbuan itu, polis merampas 2,858 kotak rokok dan minuman keras pelbagai jenis dengan sebahagian besarnya sudah luput tarikh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 4 people and text
ArtikelDiterbitkan 08 Feb 2024 1.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM