Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kampung Sc Hargai Pasukan Keselamatan Zaman Darurat

Published: 18 Aug 2023 5.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ipoh, 18 Ogos 2023 - Sebuah kampung di Tasek di sini, dinamakan Kampung SC atau Kampung Special Constables sempena sejarah kampung itu yang dianugerahkan kepada mereka yang pernah menganggotai pasukan Special Constables, iaitu barisan hadapan dalam menghadapi ancaman komunis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kampung-sc-hargai-pasukan-keselamatan-zaman-darurat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:14 MYT
Ipoh, 18 Ogos 2023 - Sebuah kampung di Tasek di sini, dinamakan Kampung SC atau Kampung Special Constables sempena sejarah kampung itu yang dianugerahkan kepada mereka yang pernah menganggotai pasukan Special Constables, iaitu barisan hadapan dalam menghadapi ancaman komunis.

Kampung SC atau juga dikenali Kampung Kuala Takam dibuka kira-kira awal tahun 1950an, dengan ketika itu hanya terdapat lima buah rumah yang dibina khas oleh kerajaan untuk anggota Special Constables dan keluarga mereka tinggal di situ.
Sebagai anggota barisan hadapan, anggota Special Constables di kampung itu dilengkapi senjata api bagi tujuan mengawal kampung mereka daripada ancaman komunis.

Pasukan SC ditubuhkan pada tahun 1948 ketika Rancangan Briggs dilaksanakan.
Anggotanya dilatih dan dihantar mengawal ladang, kawasan lombong dan kawasan kampung dan mereka menjadi barisan hadapan dalam menghadapi ancaman komunis.
Bacaan lanjut dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

 
ArticlePublished 18 Aug 2023 5.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM