
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Dikejar Peronda Mpv
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
Kuala Langat, 18 Ogos 2023 - Polis mengesahkan sebuah kenderaan awam dikejar kereta peronda polis (MPV) kira-kira sejauh satu kilometer sebagaimana tular di media sosial kerana melanggar lampu isyarat merah di sini, Selasa lalu.
“Siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada jam 11 malam, Selasa lalu di Taman Sijangkang Jaya, Telok Panglima Garang.
“Semasa kejadian, anggota MPV yang sedang bertugas melihat kereta itu melanggar lampu isyarat merah di Batu 7, Sijangkang.
“Anggota polis mengarahkan supaya kenderaan itu berhenti, tetapi ia terus memecut memasuki Taman Perumahan Sijangkang Jaya,” katanya.
Beliau berkata, anggota polis berjaya menahan kenderaan terbabit dan pemeriksaan mendapati kenderaan itu dipandu lelaki tempatan berumur 41 tahun bersama isteri dan tiga anak.
“Saman dikeluarkan atas kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah (Kaedah Rule LN167/59-017) yang mana kesalahan ini boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300,” katanya.