
Article
Keratan Akhbar Pilihan Kaji Dasar Tangani Jenayah Dalam Talian Secara Komprehensif
Putrajaya, 21 Disember 2023 - Kerajaan melaksanakan satu kajian menyeluruh bagi membuat keputusan dasar jelas berhubung pindaan perundangan dan penggubalan und...
Putrajaya, 21 Disember 2023 - Kerajaan melaksanakan satu kajian menyeluruh bagi membuat keputusan dasar jelas berhubung pindaan perundangan dan penggubalan undang-undang baharu untuk menangani aktiviti jenayah dalam talian secara komprehensif.
Katanya, kajian itu juga adalah sebagai tindak balas kepada cabaran yang semakin meningkat disebabkan ancaman jenayah dalam talian.
“Kerajaan Perpaduan, melalui BHEUU dan NFCC akan menjalankan satu kajian menyeluruh termasuk kajian perbandingan dan konsultasi awam dibuat dalam tempoh tiga bulan mulai Januari 2024.
“Setakat 30 November lalu, jumlah kerugian dilaporkan adalah berjumlah RM173,339,234.73 manakala sebanyak 8,213 kertas siasatan oleh NFCC, Polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Bank Negara Malaysia dibuka termasuk pembekuan 529 akaun bernilai RM65,939,700.51,” katanya dalam kenyataan semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran.