Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Juruteknik Didenda Rm8 000 Hina Anggota Polis

Diterbitkan: 07 Dec 2020 3.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sungai Petani, 7 Disember 2020 - Seorang juruteknik didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen jelik terhadap anggota polis di Facebook pada Oktober lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-juruteknik-didenda-rm8-000-hina-anggota-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:26 MYT

Sungai Petani, 7 Disember 2020 - Seorang juruteknik didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen jelik terhadap anggota polis di Facebook pada Oktober lalu.

Hakim Najwa Che Mat menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Lo Wen Long, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Hakim Najwa turut memerintahkan Wen Long dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda dikenakan.

Mengikut pertuduhan, Wen Long dituduh dengan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik dalam bahasa Cina di Facebook.

Komen jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain itu dibuatnya terhadap gambar anggota polis yang sedang menjalankan tugas pada pukul 9.01 pagi, 12 Oktober lalu di tempat kerjanya di sebuah syarikat di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(i)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: 


Keratan Akhbar Pilihan Juruteknik Didenda Rm8 000 Hina Anggota Polis

ArtikelDiterbitkan 07 Dec 2020 3.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM