
Article
Keratan Akhbar Pilihan Jika Bersalah Bawa Ke Balai
Chukai, 26 Julai 2022 - Polis meminta kerjasama saksi kejadian kes bakar seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dalam kejadian di Kampung Perasing Jaya Jabur,...
Chukai, 26 Julai 2022 - Polis meminta kerjasama saksi kejadian kes bakar seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dalam kejadian di Kampung Perasing Jaya Jabur, Kemaman untuk tampil membantu siasatan.
Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, polis percaya ada individu lain menyaksikan kejadian pada awal pagi itu berikutan mangsa dibantu untuk memadam api pada badannya.
"Ada individu dipercayai membawa remaja yang dibakar itu pulang ke rumah yang terletak 200 meter dari tempat kejadian.
"Pihak polis berharap individu terbabit atau saksi kejadian dapat tampil untuk membantu siasatan," katanya.
Superintendan Hanyan berkata, pihaknya turut berharap kepada orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dengan menghukum mana-mana individu sebaliknya perlu diserahkan kepada polis.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#26072022