Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Dua Anggota Sindiket Penipuan Dalam Talian Diberkas

Diterbitkan: 26 Jul 2022 3.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 26 Julai 2022 - Menawarkan gaji lumayan serta kehidupan mewah adalah antara taktik digunakan dua individu termasuk seorang warga Taiwan dalam memperdaya mangsa untuk bekerja sebagai operator “scammer” dan judi dalam talian di Myanmar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-dua-anggota-sindiket-penipuan-dalam-talian-diberkas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:53 MYT
Shah Alam, 26 Julai 2022 - Menawarkan gaji lumayan serta kehidupan mewah adalah antara taktik digunakan dua individu termasuk seorang warga Taiwan dalam memperdaya mangsa untuk bekerja sebagai operator “scammer” dan judi dalam talian di Myanmar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kegiatan yang dijalankan dua individu berumur 35 dan 45 tahun itu bagaimanapun berjaya dibongkar apabila kedua-dua suspek diberkas dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Setia Impian di sini pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam berkata, kedua-dua suspek itu dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan sejak awal Jun lalu.

"Siasatan dijalankan mendapati suspek warga Taiwan berperanan mencari individu-individu di negara ini untuk bekerja sebagai operator dalam talian melibatkan “scammer” dan judi dalam talian dengan menerima upah sebanyak AS$1,000 bagi setiap seorang.

"Suspek warga tempatan pula berperanan sebagai pemandu bagi menghantar mangsa ke lapangan terbang mengikut jadual penerbangan yang ditetapkan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Isnin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#26072022
 
ArtikelDiterbitkan 26 Jul 2022 3.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM