Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Jenayah Libat Wanita Budak Membimbangkan

Published: 07 Aug 2022 3.16 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kes melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak sebagai mangsa merupakan antara kes yang setiap hari dilaporkan termasuklah di Selangor dan situasi ini agak membimbangkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jenayah-libat-wanita-budak-membimbangkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:01 MYT
Kes melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak sebagai mangsa merupakan antara kes yang setiap hari dilaporkan termasuklah di Selangor dan situasi ini agak membimbangkan.

Berdasarkan statistik Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan tahun 2018 hingga 2021, sebanyak 45,599 kes direkodkan bagi seluruh kontinjen di Malaysia dan Selangor merekodkan kes paling tinggi iaitu sebanyak 10,368 (22.74 peratus) daripada jumlah tersebut.

Selain itu, berdasarkan statistik Bahagian D11 JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, dari Januari hingga Jun lalu, sebanyak 1,336 kes direkodkan. Daripada jumlah tersebut, kes yang paling tinggi dilaporkan adalah melibatkan keganasan rumah tangga (653 kes), rogol (161 kes), kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak (156 kes) dan selebihnya (366 kes) adalah lain-lain kes dan daripada jumlah mangsa yang dilaporkan majoriti adalah golongan wanita dan kanak-kanak.

Ikuti wawancara khas bersama Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, mengupas lebih lanjut mengenai isu jenayah yang melibatkan mangsa merupakan wanita dan kanak-kanak seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#07082022

 
ArticlePublished 07 Aug 2022 3.16 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM