
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Ada Kedai Hidang Daging Eksotik Kpn
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2022 - Polis mengesan wujudnya restoran dan kedai makan eksotik yang menawarkan hidangan daging haiwan liar.
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2022 - Polis mengesan wujudnya restoran dan kedai makan eksotik yang menawarkan hidangan daging haiwan liar.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, siasatan mendapati terdapat aktiviti melibatkan individu tertentu yang mendapatkan sumber daging haiwan liar daripada Orang Asli dan penduduk tempatan dengan menawarkan harga tinggi.
Menurutnya, mereka berselindung daripada penguatkuasa dengan cara mengambil lesen perniagaan hidupan liar tetapi menyajikan haiwan liar tidak dibenarkan seperti daging beruang dan buaya.
"Ada juga kedai makanan eksotik ini menawarkan hidangan haiwan liar kepada pelanggan terpilih sahaja.
"Pelanggan perlu memesan terlebih dahulu melalui telefon atau WhatsApp," katanya kepada Sinar Ahad.
Tan Sri Acryl Sani mengingatkan, polis bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) serta agensi kerajaan lain akan mengambil tindakan lebih drastik untuk menangkap penjenayah hidupan liar.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#07082022