Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Jangan Bayar Saman Saat Akhir Pengarah Jspt

Diterbitkan: 15 Dec 2021 7.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 15 Disember 2021 - Orang ramai diingatkan tidak menunggu saat akhir untuk menjelaskan saman trafik yang tertunggak susulan tempoh tawaran diskaun saman 80 peratus dipanjangkan sehingga 31 Disember ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jangan-bayar-saman-saat-akhir-pengarah-jspt
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:23 MYT

Petaling Jaya, 15 Disember 2021 - Orang ramai diingatkan tidak menunggu saat akhir untuk menjelaskan saman trafik yang tertunggak susulan tempoh tawaran diskaun saman 80 peratus dipanjangkan sehingga 31 Disember ini.

Peringatan itu diberikan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim selepas pihaknya mendapati kaunter-kaunter pembayaran mula lengang sejak semalam.

Kata beliau, pengumuman tempoh bayaran sehingga hujung tahun oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pada Ahad lalu memberi kesan mendadak kepada masyarakat untuk tidak berpusu-pusu ke pejabat trafik membayar saman.

"Jangan tunggu saat akhir bayaran untuk menjelaskan saman tertunggak kerana tawaran ini sangat membantu masyarakat sepertimana yang telah tersebar dalam media sosial dan ramai berpuas hati.

"Semua masyarakat perlu sama-sama ambil kesempatan ini memandangkan berdasarkan rekod JSPT, masih banyak saman yang belum dilunaskan sama ada individu, korporat dan kenderaan awam sejak 1995," katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

No photo description available.

ArtikelDiterbitkan 15 Dec 2021 7.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM