Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Tumpaskan Sindiket Seludup Migran Bekerja Di Ladang

Diterbitkan: 15 Dec 2021 7.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Cameron Highlands, 15 Disember 2021 - Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada Ahad menumpaskan sindiket penyeludupan migran asing untuk bekerja di kawasan ladang di Cameron Highlands.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-tumpaskan-sindiket-seludup-migran-bekerja-di-ladang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:00 MYT

Cameron Highlands, 15 Disember 2021 - Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada Ahad menumpaskan sindiket penyeludupan migran asing untuk bekerja di kawasan ladang di Cameron Highlands.
Serbuan dalam Op Pintas di Telom, Pahang pada jam 2.20 pagi itu turut menahan dua ahli sindiket, masing-masing lelaki warga Myanmar dan tempatan berusia 30 dan 31 tahun.
Ketua Penolong Pengarah D3, JSJ Bukit Aman, SAC Tuan Fadil Marsus berkata, turut ditahan seramai 13 migran warga Myanmar terdiri daripada 11 lelaki dan dua wanita dalam sebuah van dipercayai dalam perjalanan dari Kedah ke Cameron Highlands.
Menurutnya, siasatan mendapati ahli sindiket warga Myanmar itu berperanan sebagai ejen yang mengurus dan menerima migran yang baru tiba di Malaysia.
Beliau memberitahu, polis percaya sindiket ini aktif sejak dua bulan lalu selain mengupah warga tempatan sebagai “transporter” yang menghantar migran dari utara semenanjung ke destinasi ditetapkan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 1 person and text

ArtikelDiterbitkan 15 Dec 2021 7.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM