
Artikel
Artikel Pilihan Video Tular Polis Tahan Lelaki Pecahkan Cermin Kereta Isteri
Alor Setar, 15 Disember 2021 - Tindakan seorang lelaki merentap cermin Perodua Axia isterinya sehingga pecah dan tercabut selepas mengugut untuk merosakkan ker...
Alor Setar, 15 Disember 2021 - Tindakan seorang lelaki merentap cermin Perodua Axia isterinya sehingga pecah dan tercabut selepas mengugut untuk merosakkan kereta mangsa mengundang padah apabila dia ditahan polis.
Perbuatan lelaki itu sempat dirakam isterinya yang berusia 24 tahun menggunakan telefon bimbitnya sebelum membuat laporan polis.
Video berdurasi 26 saat dalam kejadian yang berlaku Isnin lalu itu turut ditular di Facebook semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Tuan Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 13 Disember lalu, jam 10.37 pagi.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta bersama anak-anaknya di Lorong Panglima, Jalan Teluk Wanjah sebelum menyedari diekori suaminya yang berusia 30 tahun itu dengan menunggang motosikal Honda Wave.
"Suspek kemudian menahan kereta mangsa dan mengetuk cermin kereta bahagian hadapan sebelah penumpang beberapa kali menyuruh mangsa membuka tingkap kereta.
"Suspek memberi alasan memberikan wang kepada anak mereka namun isterinya hanya membuka sedikit tingkap menyebabkan suspek tiba-tiba merentap cermin kereta berkenaan sehingga pecah dan tercabut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber: Harian Metro
