Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Itulah Tabik Terakhir Sarjan Jamil

Diterbitkan: 16 Aug 2020 1.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pertempuran pengganas komunis dengan sepasukan anggota polis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor merupakan antara tragedi hitam yang tersemat dalam sejarah negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-itulah-tabik-terakhir-sarjan-jamil
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:47 MYT

Pertempuran pengganas komunis dengan sepasukan anggota polis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor merupakan antara tragedi hitam yang tersemat dalam sejarah negara.

Tragedi pada 23 Februari 1950 itu yang turut dikenali sebagai The Malayan Alamo menyaksikan bagaimana sebuah balai polis terpencil di Bukit Kepong musnah di tangan komunis.

Balai Polis Bukit Kepong ketika itu diketuai Sarjan Jamil Mohd Shah, terletak kira-kira 59 kilometer dari bandar Muar.

Balai polis tersebut pula berada di bawah kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pagoh yang diketuai Tan Sri JJ Raj (Jr).

JJ Raj, 99, yang pada masa itu ialah Ketua Polis Daerah Pagoh berkata, peristiwa serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong masih segar dalam ingatannya sehingga kini.

“Keganasan dan kekejaman yang telah dicetuskan pengganas komunis menyebabkan kerajaan mengisytiharkan Darurat di seluruh Tanah Melayu pada 1948,” katanya.

Bacaan penuh seperti dalam artikel terbitan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

Keratan Akhbar Pilihan Itulah Tabik Terakhir Sarjan Jamil

Image may contain: 4 people
ArtikelDiterbitkan 16 Aug 2020 1.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM