Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Cuai Dan Abaikan Anak Anak Adalah Satu Jenayah

Published: 16 May 2023 6.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, menjadi satu kesalahan buat ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan tanggungjawab memastikan keselamatan kanak-kanak.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-cuai-dan-abaikan-anak-anak-adalah-satu-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:06 MYT

Serdang, 16 Mei 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran tegas kepada ibu bapa atau penjaga yang bersifat cuai serta lalai terhadap anak-anak yang berada di bawah jagaan dan tanggungjawab masing-masing.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, menjadi satu kesalahan buat ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan tanggungjawab memastikan keselamatan kanak-kanak.

Beliau berkata, ibu bapa serta penjaga perlu memastikan tahap keselamatan anak-anak terjamin dengan mengelakkan sebarang kejadian yang boleh mendatangkan kecederaan atau gangguan mental.

“Ibu bapa atau penjaga yang cuai serta mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak, ia merupakan satu perbuatan jenayah.

“la termasuk tindakan cuai membiarkan anak-anak berada bersendirian di dalam kenderaan kerana boleh mengundang bahaya dan keselamatan nyawa.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak (AKK) 2001 kerana bertindak cuai," katanya pada Isnin.

Ikuti kupasan lanjut oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein mengenai isu cuai dan pengabaian kanak-kanak yang merujuk kepada satu hantaran tular baru-baru ini menerusi keratan akhbar Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text that says 'SERDANG Malaysia (PDRM) tegas kepada dakwa 2001 kesalahan mereka boleh di- bawah (AKK) bertindak cuai,

ArticlePublished 16 May 2023 6.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM