Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Inanam Terima Kompleks Perumahan Baharu

Diterbitkan: 16 May 2023 8.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Kinabalu, 16 Mei 2023 - Kompleks Perumahan Balai Polis Inanam yang baharu telah siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan diserahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-inanam-terima-kompleks-perumahan-baharu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:24 MYT
 
Kota Kinabalu, 16 Mei 2023 - Kompleks Perumahan Balai Polis Inanam yang baharu telah siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan diserahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia, hari ini.

Penyerahan kompleks perumahan baharu itu telah disempurnakan di antara pemaju lantikan JKR iaitu Pengarah Syarikat Sri Esbina (M) Sdn. Bhd., Encik Mansur @ Antoi Sangut dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi disusuli penyerahan replika kunci kompleks perumahan kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, sebagai simbolik penyempurnaan majlis.

Kompleks yang didirikan di atas tanah berkeluasan 2.78 hektar itu merangkumi 102 unit kediaman yang mampu menampung keanggotaan balai berkenaan.

Ia turut dilengkapi dewan serbaguna dan taman permainan kanak-kanak serta kemudahan sokongan yang lain.

Berucap dalam majlis tadi, Tan Sri Acryl Sani menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan beliau kepada pihak kerajaan khususnya KDN, atas komitmen membangunkan fasiliti baharu dan keperluan kebajikan serta keperluan logistik buat warga Polis Sabah.

Tambah beliau, dengan perolehan fasiliti baharu tersebut ianya mampu memberi kemudahan dan keselesaan kepada bakal penghuni perumahan berkenaan serta dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepolisan di dalam Daerah Kota Kinabalu, Sabah.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun dan Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN, Encik Mohd Norzam Mustapa serta Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah.

Jurugambar: Bahagian Hal Ehwal Awam Kontinjen Polis Sabah.

Kota Kinabalu, 16 Mei 2023 - Kompleks Perumahan Balai Polis Inanam yang baharu telah siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan diserahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia, hari ini.

May be an image of ‎2 people and ‎text that says '‎INANAM Dise' akan oleh KETUASE KETUA G. DATUK HAJI Rt IA KEMENTERI N HAJI UBI GERI ACRYLSANI

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 15 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 7 people

May be an image of 6 people and text

May be an image of 4 people and text
ArtikelDiterbitkan 16 May 2023 8.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM