
Article
Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Ah Long Ditahan Dalam Pesawat Di Senai
Johor Bahru, 25 Jun 2023 - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dengan kegiatan Ah Long dalam sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa...
Johor Bahru, 25 Jun 2023 - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dengan kegiatan Ah Long dalam sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, suspek berusia 28 tahun itu yang menaiki pesawat dari utara ke Johor, diberkas sebaik tiba di lapangan terbang terbabit.
“Penahanan lelaki itu yang berjaya dikesan berada di dalam sebuah pesawat sebaik tiba di lapangan terbang terbabit dibuat berdasarkan maklumat dan risikan yang diterima," katanya.