Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Insiden Gaduh Sekitar Johor Bahru Sembilan Geng Kongsi Gelap Dipantau

Published: 12 Dec 2023 3.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sembilan kumpulan kongsi gelap kini dalam pemerhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor kerana dipercayai terbabit dalam beberapa insiden pergaduhan di sekitar bandar raya ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-insiden-gaduh-sekitar-johor-bahru-sembilan-geng-kongsi-gelap-dipantau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:53 MYT

Johor Bahru, 12 Disember 2023 - Sembilan kumpulan kongsi gelap kini dalam pemerhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor kerana dipercayai terbabit dalam beberapa insiden pergaduhan di sekitar bandar raya ini.

Antaranya Geng Ang Soon Tong, Geng Gee Ang Eng, Geng Hong Hong San, Geng Ngo Sek Kee, Geng Jin Jee Tong, Geng 04, Geng 21 dan Geng 36.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, ada dalam kalangan ahli kongsi gelap terbabit sudah diberkas pada Op Cantas kerana terbabit dalam pergaduhan.
Op Cantas dijalankan bagi membanteras kegiatan “gangsterisme”.

“Polis tidak menolak peningkatan kes pergaduhan antara kumpulan di sekitar bandar raya ini sejak awal tahun ini.

“Insiden pergaduhan direkod sejak awal tahun sehingga pertengahan November adalah 104 kes berbanding 75 kes bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an illustration of 4 people, henna and text

ArticlePublished 12 Dec 2023 3.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM