Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Insentif Marin Naikkan Elaun Seragam

Published: 21 Aug 2020 3.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 21 Ogos 2020 - Meskipun bertanggungjawab dalam penguatkuasaan di pesisiran pantai, sungai dan tasik, peranan Pasukan Polis Marin (PPM) tetap penting seperti unit-unit lain dalam menjaga keselamatan negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-insentif-marin-naikkan-elaun-seragam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:37 MYT

Kuala Lumpur, 21 Ogos 2020 - Meskipun bertanggungjawab dalam penguatkuasaan di pesisiran pantai, sungai dan tasik, peranan Pasukan Polis Marin (PPM) tetap penting seperti unit-unit lain dalam menjaga keselamatan negara.

Malangnya sejak 73 tahun lalu, tiada insentif kepada pegawai dan anggota pasukan itu meskipun banyak mengecapi kejayaan terutamanya dalam membanteras kes penyeludupan, pemerdagangan manusia serta jenayah di perairan.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata, pemberian insentif RM500 sebulan kepada 2,270 pegawai dan anggota unit itu adalah perlu berdasarkan beberapa kriteria seperti kepakaran, kepentingan perkhidmatan, risiko, kesusahan dan keanehan tugas.

"Insentif tersebut antara dua elaun yang dikemukakan untuk dipertimbangkan kerajaan.

"Polis juga memohon kerajaan menaikkan elaun pakaian seragam pegawai kanan dari RM500 kepada RM1,000," katanya di sini semalam.

Dato' Sri Abd Rahim berkata, mereka hanya menerima elaun RM500 dan jumlah tersebut tidak sepadan dengan harga uniform.

Tambah beliau, kadar elaun itu sudah lama tidak dikaji dan kertas kerja dicadangkan dengan implikasi kewangan sebanyak RM6.9 juta membabitkan 13,927 orang pegawai.

Sumber: Utusan Malaysia

Image may contain: ocean and water, text that says 'Oleh MASZUREEN HADZMAN wwwslimedamila.com.my KUALA LUMPUR: Meskipun esisiran pan- seperti tetap ne- Ins
ArticlePublished 21 Aug 2020 3.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM