Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Cinta Nusa Bekas Sarjan

Diterbitkan: 21 Aug 2020 5.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Alor Gajah, 21 Ogos 2020 - Jalur Gemilang milik rakyat Malaysia tanpa mengira agama atau bangsa dan ia seharusnya dipasang sekurang-kurangnya satu di setiap premis, sama ada rumah ataupun kedai.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-cinta-nusa-bekas-sarjan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:55 MYT

Alor Gajah, 21 Ogos 2020 - Jalur Gemilang milik rakyat Malaysia tanpa mengira agama atau bangsa dan ia seharusnya dipasang sekurang-kurangnya satu di setiap premis, sama ada rumah ataupun kedai.

Itulah pegangan Sarjan (Bersara) Sulaiman Yusoh, 63, yang mendorong beliau memasang berpuluh-puluh Jalur Gemilang di kediamannya di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah, dekat sini, setiap kali menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Sejak bersara dari Bahagian Komunikasi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 2017, Sarjan Sulaiman tidak pernah melepaskan peluang memasang berpuluh-puluh bendera di halaman rumah berbanding hanya satu atau dua bendera ketika masih bertugas.

"Semasa bertugas, saya tidak ada banyak masa untuk memasang banyak Jalur Gemilang, tetapi selepas bersara, saya mempunyai banyak masa terluang untuk berbuat demikian.

“Saya tebang buluh untuk memasang bendera semata-mata kerana amat sayangkan tanah air kita kerana di sinilah saya dilahirkan dan di sinilah saya meneruskan kehidupan hingga sekarang. Alhamdulillah...," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: 2 people, text that says 'Alor Gajah ipasang MALAYSIA PRIHATIN Oleh Hassan Omar am@hmetro.com.my Cinta nusa bekas sarjan Pesara polis ki
ArtikelDiterbitkan 21 Aug 2020 5.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM